top of page

PERKHIDMATAN

Kami sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang premium dan terbaik kepada pesakit yang datang. Tidak perlu menunggu lama, ruang klinik yang selesa dan paling penting harga yang berpatutan. Doktor dan kakitangan klinik sangat komited dengan kerja dan berpengalaman dalam mengendalikan pelbagai jenis penyakit dan rawatan. Jaminan kami adalah kualiti perkhidmatan yang premium dengan harga yang berpatutan. Dari semasa ke semasa, kami sentiasa menambah kemudahan atau perkhidmatan kepada yang lebih efektik dan moden. Sejajar dengan perkembangan teknologi masakini.

Bertujuan untuk mengesan sebarang penyakit agar rawatan yang tepat dan berkesan dapat dilakukan. Kami menggunakan alat-alat diagnostik yang moden dan terkini. Tidak kira penyakit kronik atau tidak, pesakit adalah individu yang paling penting bagi kami.

PEMERIKSAAN KESIHATAN
ELECTRONIC JAUNDICE DETECTOR

Untuk mengesan paras bilirubin atau jaundis/kuning dalam tubuh bayi,  pada kebiasaannya darah bayi akan diambil oleh doktor. Ianya agak menyakitkan untuk bayi yang disuntik dan mengambil sedikit masa untuk tahu paras sebenar bilirubin atau kuning bayi anda. Dengan teknologi terkini, bayi tidak perlu dicucuk jarum, tidak menyakitkan dan tiada kesan sampingan. Kami menggunakan pengesan jaundis elektronik, hanya dengan mengimbas kulit bayi. Keputusan boleh diketahui segera dengan kadar ketepatan yang tinggi dan boleh dipercayai.

Kepada ibu-ibu mengandung, ultrasound adalah sesuatu yang wajib. Jika dulu kita hanya ada imbasan 2D, kini kita sudah ada 3D malahan 4D. Bukan sahaja untuk melihat jantina dan kedudukan, tapi juga untuk melihat keadaan dan pergerakan bayi dalam kandungan pada waktu tersebut. Maklumat yang diterima lebih awal dapat mempersiapkan ibu bapa dan doktor sebelum tiba waktu bersalin.

ULTRASOUND
FOTOTERAPI
NEBULISER
ELECTROCARDIOGRAM

Atau ECG, berfungsi untuk mengesan aktiviti jantung anda. Jika pesakit datang ke Klinik Adilla dan mengadu 'chest pain', kami akan cadangkan pesakit untuk mengambil ujian ECG terlebih dahulu bagi memastikan aktiviti jantung adalah normal. Memandangkan peringkat usia yang mengalami sakit jantung kini semakin muda, kami sarankan anda untuk lakukan ujian ECG terlebih dahulu. 

Rawatan untuk mereka yang mempunyai asthma. Klinik Adilla menyediakan mesin yang terkini untuk memastikan pesakit berasa selesa menggunakannya. Sesuai untuk semua peringkat usia dan jantina. Kami akan pastikan pesakit pulang ke rumah dengan rasa lega dan selesa.

Lampu fototerapi ini mengeluarkan cahaya biru yang digunakan untuk menurukan kadar bilirubin dalam tubuh bayi. Peningkatan bilirubin tadi adalah penyebab kepada kuning atau jaundis. Bayi harus diletakkan di bahaya sinaran cahaya lampu biru mengikut tempoh masa yang dicadangkan oleh doktor. Sila klink menu 'Temujanji' untuk menyewa lampu fototerapi ke rumah anda.

PEMERIKSAAN BAKAL HAJI

Setiap individu yang berniat untuk menunaikan haji mesti membuat pemeriksaan kesihatan sebelum berangkat ke tanah suci. Pemeriksaan bakal haji adalah untuk memastikan individu tersebut sihat dan mampu untuk menunaikan fardhu haji. Klinik Adilla telah dilantik sebagai klinik yang diiktiraf untuk melakukan pemeriksaan ke atas bakal haji.

PAP SMEAR

Bagi kaum wanita, kanser serviks adalah musuh utama mereka. Apa yang merunsingkan, kanser serviks ini tidak mempunyai sebarang petanda sehingga ianya sudah menjadi serius. Kaum wanita digalakkan untuk menjalankan ujian 'pap smear' seawal umur 21 tahun dan dilakukan setiap 3 tahun. Ianya adalah sesuatu yang serius dan harus diambil berat oleh setiap wanita. 

UJIAN MAKMAL

Diagnos yang paling tepat adalah melalui darah atau air kencing. Daripada ujian darah, pelbagai maklumat yang boleh kita ambil seperti tekanan darah, kandungan gula, aktiviti jantung, kolestrol dan banyak lagi. Pengesanan awal dapat mencegah daripada penyakit menjadi lebih serius. 

bottom of page