TEMAN KESIHATAN ANDA

Klinik Adilla akan sentiasa cuba untuk memberikan yang terbaik untuk pesakit. Kepuasan pelanggan dan kesihatan pesakit sentiasa menjadi landasan perkhidmatan kami. Turut menyediakan kakitangan sokongan yang berkelayakan dalam bidang perubatan. 

DR. ADILLA BINTI ALIMIN

 

Berkelulusan Ijazah Kedoktoran daripada Nizhny Novgorod State Medical Academy, Russia selama 6 tahun. Pernah berkhidmat di Hospital Raja Perempuan Zainab 2 selama 4 tahun di pelbagai bahagian dan di Klinik Kesihatan Bachok selama setahun. Setelah berkhidmat sebagai penjawat awam, kini Dr. Adilla telah mengambil keputusan untuk memulakan klinik perubatan swasta dengan harapan untuk memberikan pengalaman yang baru di samping rawatan yang berkualiti kepada pesakit.

DR. MUHD AZAMLI BIN MOHD NAWI

 

Memulakan kerjaya sebagai doktor perubatan pada tahun 2000 di Hospital Kuala Terengganu selepas tamat pengajian di USM sebagai pemegang Ijazah Kedoktoran. Kemudian melanjutkan kerjaya di Hospital dan Pejabat Kesihatan Besut untuk 2 tahun. Berpengalaman menjalankan klinik persendirian dan berkhidmat bersama dengan beberapa buah klinik swasta sekitar Shah Alam dan Kuala Lumpur. Pada tahun 2014, beliau telah mengambil keputusan untuk meneruskan kerjaya bersama dengan Klinik Adilla dan sama-sama mencapai objektif klinik ini.

KAKITANGAN SOKONGAN

 

Pembantu klinik atau kakitangan sokongan Klinik Adilla merupakan individu yang mempunyai kelulusan dan kelayakan yang sepatutnya dalam bidang perubatan. Mereka ini berkelulusan Penolong Pegawai Perubatan dan Kejururawatan. Ianya dapat membantu pesakit bagi mendapatkan rawatan atau khidmat nasihat yang optimum dan menjamin perkhidmatan yang lebih berkualiti.

© 2017 Klinik Adilla. Dimiliki oleh RILA MEDICAL SDN. BHD.

Since 2014